Seluar dalam Jalur Gemilang dijual online

Seluar dalam Jalur Gemilang dijual online

Budgy smuggler adalah jenama seluar renang Australia dan antara rekaan mereka ialah bendera pelbagai negara, termasuk Jalur Gemilang yang dijual pada harga AUD15 (RM47) hingga AUD70 (RM221)

online
PETALING JAYA:
Seluar dalam bercorak Jalur Gemilang yang ditayang 9 warga Australia di Sepang, Ahad lalu, boleh didapati dalam talian.

Menurut laporan Sin Chew Daily, Budgy smuggler adalah jenama seluar renang Australia dan antara rekaan mereka ialah bendera pelbagai negara, termasuk Jalur Gemilang yang dijual pada harga AUD15 (RM47) hingga AUD70 (RM221).

Akhbar itu melaporkan, laman web jenama itu kini dikendalikan beberapa pemuda berusia 20-an dan ia adalah perniagaan keluarga yang menyasarkan generasi muda.

Menurut laporan Star Online semalam, 9 lelaki itu membeli seluar dalam itu di Australia.

Suspek yang berusia 25 hingga 29 tahun itu dilaporkan berada di bawah pengaruh alkohol ketika ditahan pada 5 petang Ahad lalu, selepas menanggalkan pakaian dan menayang seluar dalam kepada penonton kejuaraan F1 Petronas Grand Prix Malaysia, dipercayai untuk meraikan kemenangan pemandu senegara, Daniel Ricciardo.

Mereka direman 4 hari bagi membantu siasatan kerana berkelakuan tidak senonoh di tempat awam serta melakukan provokasi.

Pautan:

Mereka beli seluar dalam Jalur Gemilang di Australia

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.