Foodpanda Indonesia ditutup selepas kalah dengan pesaing tempatan

Foodpanda Indonesia ditutup selepas kalah dengan pesaing tempatan

Beberapa laporan lain juga mengatakan Foodpanda sedang bergelut dengan masalah sama di negara-negara Asia.

foodpanda
JAKARTA:
Rocket Internet yang menawarkan perkhidmatan penghantaran makanan secara talian menggunakan khidmat Foodpanda menutup perniagaanya di di Indonesia, lapor Jakarta Post.

Pihaknya terpaksa berbuat demikian selepas tewas kepada lambakan perkhidmatan motorsikal-teksi menggunakan pelbagai aplikasi menawarkan khidmat penghantaran makanan yang sama.

“Melalui notis yang dikeluarkan, saya secara rasmi mengumumkan keputusan Foodpanda menghentikan semua aktiviti makanan di Indonesia secara kekal,” kata pengarah urusan Foodpanda Indonesia, Victor Delannoy dalam satu kenyataan yang disiarkan di laman webnya pada 30 September.

Foodpanda melancarkan operasi di Indonesia pada 2012 di Jakarta dan sejak itu bekerjasama dengan beribu-ribu restoran untuk menawarkan kemudahan penghantaran dan pesanan segera kepada beratus-ratus ribu pelanggan, menurut kenyataan itu.

“Hari Isnin, 3 Oktober 2016 sehingga jam 11 malam akan menjadi hari terakhir kami menerima tempahan,” kata Delannoy.

Syarikat yang berpangkalan di Jerman mengaku kalah dalam persaingan dengan aplikasi perkhidmatan penghantaran makanan generasi baru yang menggunakan motorsikal-teksi.

Beberapa laporan lain juga mengatakan Foodpanda sedang bergelut dengan masalah sama di negara-negara Asia.

Menurut laporan TechCrunch, pengasas bersama dan Ketua Pegawai Eksekutif Foodpanda, Ralf Wenzel mendakwa syarikatnya hanya memperolehi keuntungan daripada 2 pasarannya iaitu Eropah dan Timur Tengah, tetapi bukan Asia.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.