
Menurut laporan kompas.com seperti yang dipetik Jakarta Post, pegawai unit siasatan jenayah Tanah Abang, Cmr. Mustakim mengesahkan perkara itu.
“Penerbit dan penjual di pameran itu adalah rakyat Malaysia.
“Keempat-empat mereka ialah penerbit Thukul Cetak, Zulfikri Zamir bin Mohammad Munir, 31; ketua pameran buku, Sakri bin Abdullah, 51; pembantunya M. Rozla Bin Muhammed Noor, 46, dan Khairul Nizam bin Muhammad Yunis, 45,” kata Mustakim.
Walaupun mereka tidak dicaj tetapi dibawa ke Ibu Pejabat Polis Jakarta untuk disoal siasat dan mendapatkan maklumat lanjut mengenai buku yang dikhuatiri boleh menimbulkan keresahan awam.
Pada Mei lalu, polis Indonesia menahan 2 orang yang menjual baju T dengan yang memaparkan imej band metal, Kreator iaitu tukul-dan-sabit.