Ancaman bom palsu di Bursa Malaysia tiada kaitan IS

Ancaman bom palsu di Bursa Malaysia tiada kaitan IS

Fuzi berkata, polis akan menyiasat perkara itu daripada semua aspek dan meminta semua pihak tidak membuat sebarang spekulasi tidak berasas.

Datuk Seri Mohamad Fuzi Harun
KUALA LUMPUR: Ancaman bom palsu di bangunan Bursa Malaysia dan Kuil Kortumalai Sri Ganesar tiada kaitan dengan kumpulan pengganas IS, kata Pengarah Cawangan Khas Bukit Aman, Datuk Seri Mohamad Fuzi Harun.

“Ancaman bom palsu itu didapati tidak ada kaitan dengan IS setakat ini, tetapi kami akan menyiasat perkara ini daripada semua aspek.

“Polis memandang serius sebarang laporan ancaman bom di negara ini dan saya meminta semua pihak tidak membuat sebarang spekulasi tidak berasas,” katanya kepada Bernama hari ini.

Tengah hari tadi, Bursa Malaysia menerima panggilan ancaman bom menyebabkan pihak berkuasa mengarahkan bangunan itu dan kuil berdekatan dikosongkan serta-merta sebagai langkah keselamatan.

Berikutan itu, Ketua Polis Daerah Dang Wangi, ACP Zainol Samah mengesahkan ancaman bom yang diterima itu adalah palsu dan polis sedang mengesan pemanggil tidak dikenali yang mendakwa akan berlaku letupan di kedua-dua lokasi itu selepas solat Jumaat.

Pautan:

Polis sahkan ancaman bom di Bursa Malaysia palsu

Bursa Malaysia diancam bom

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.