Pembantu Najib anggap Muhyiddin kini terpaksa patuh kepada Anwar

Pembantu Najib anggap Muhyiddin kini terpaksa patuh kepada Anwar

Muhyiddin dikatakan hilang kreadibiliti sebagai presiden parti baharu, PPBM selepas berlakunya perdamaian antara Mahathir dan Anwar.

Tengku-Sariffuddin_muhyiddin_umno123
PETALING JAYA: Datuk Seri Najib Razak terus menyerang bekas timbalannya, kali ini menerusi setiausaha akhbarnya yang menyifatkan presiden Tan Sri Muhyiddin Yassin dari Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) sebagai tidak bermakna ekoran perdamaian antara Tun Dr Mahathir Mohamad dan Datuk Seri Anwar Ibrahim.

“Tetapi saya tidak boleh menyalahkan Dr Mahathir terhadap tindakan terdesaknya itu. Apa lagi pilihan lain yang dia ada, selepas kredibiliti presiden parti baharunya dimusnahkan menerusi akuan berkanun Nika Gee,” kata setiausaha akhbar Najib, Datuk Seri Tengku Sariffuddin.

Beliau merujuk kepada dakwaan yang terkandung dalam akuan berkanun bekas pendakwa raya berhubung kes perceraian yang diselesaikan di mahkamah minggu lalu.

“Ia (akuan berkanun) membuktikan Muhyiddin berlaku curang sejak bertahun-tahun selepas mengadakan hubungan dengan isteri orang.

“Ini menjadikan Muhyiddin seorang presiden yang gagal, lebih-lebih lagi sebagai penjaga kepada anak Dr Mahathir, Datuk Seri Mukhriz Mahathir,” katanya dalam kenyataan.

Muhyiddin sebelum ini menafikan dakwaan yang mengaitkan beliau dengan skandal seks.

Pada 5 September, Dr Mahathir mengejutkan negara dengan menghadiri Mahkamah Tinggi untuk menyambut musuh lamanya, Anwar yang memfailkan tuntutan untuk mengisytiharkan Akta Majlis Keselamatan Negara (MKN) melanggar Perlembagaan Persekutuan.

Kedua-dua pemimpin dilihat berjabat tangan, menjadi pertemuan pertama mereka selepas 18 tahun pemecatan Anwar yang mencetuskan krisis politik berpanjangan.

Sariffuddin berkata Muhyiddin kini perlu orang kedua selepas Anwar, sekali gus menggambarkan beliau sebagai presiden boneka dalam parti baru itu nanti.

“Selepas penghinaan ini, masa depan politik Muhyiddin kini bergantung kepada Anwar, kerana dia akan menjadi orang yang mengatakan ya atau tidak kepada rayuan Dr Mahathir.

“Oleh itu, Muhyiddin kini terpaksa tunduk kepada Anwar,” katanya.

Pautan:

Seks modal Umno jatuhkan Muhyiddin, kata Anina

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.