
Perkara itu disahkan Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar.
Kementerian Luar Sri Lanka turut mengutuk kejadian tersebut, dan berkata pihaknya sedang bekerjasama dengan pihak berkuasa Malaysia mengenal pasti pelaku.
Ibrahim dipercayai sedang mengiringi Menteri Perindustrian Utama, Daya Gamage, yang selesai menghadiri Persidangan Antarabangsa Parti-parti Politik Asia (ICAPP) di PWTC, pulang ke Sri Lanka.
Persidangan itu turut dihadiri bekas presiden Sri Lanka, Mahinda Rajapaksa, yang mencetuskan tunjuk perasaan di luar PWTC pada Jumaat lepas.
Keesokannya, sekumpulan penunjuk perasaan yang membantah kehadiran Rajapaksa di sebuah kuil Buddha di Sentul bertindak menyerang ketua sami.
Kehadiran Rajapaksa dibantah kaum Tamil yang menuduh beliau dalang di sebalik pembunuhan beramai-ramai penduduk Tamil Sri Lanka susulan perang saudara berdekad lamanya di negara itu.
Pautan: