
Beliau berkata pesakit berkenaan, yang meninggal dunia akibat komplikasi jantung semalam, tidak pernah berkunjung ke mana-mana negara lain di mana kes penyakit itu banyak dilaporkan.
Katanya, ini bermakna lelaki itu dijangkiti penyakit itu dalam negeri.
“Dia dijangkiti selepas digigit nyamuk yang membawa virus penyakit itu,” katanya dalam satu catatan Facebook.
Subramaniam berkata kementeriannya tidak dapat memberi jawapan dari mana nyamuk itu datang.
“Ia menunjukkan ada orang lain yang dijangkiti dalam masyarakat. Mereka berpotensi menjadi punca jangkitan,” katanya.
Semalam, Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata pesakit lelaki berusia 61 tahun itu yang tinggal di Sabah, mati akibat komplikasi jantung.
Malaysia melaporkan kes pertama jangkitan Zika apabila seorang wanita berusia 58 tahun dari Bandar Botanic, Klang, Selangor, diuji positif virus itu selepas seminggu pulang dari Singapura pada 21 Ogos.
Mengenai pesakit lelaki itu, Subramanian berkata individu mengalami beberapa gejala sebelum dijangkiti penyakit termasuk kegagalan jantung dan penyakit ginjal kronik yang mengancam nyawa.
“Sebarang bentuk ‘viraemia’ dalam situasi seumpama itu boleh mengubah imbangan dan menyebabkan kematiannya,” katanya.
Viraemia adalah keadaan perubatan ketika mana virus memasuki saluran darah, seterusnya dapat mengakses bahagian lain tubuh.
Pautan