
“Adalah diakui umum Tun Mahathir adalah ‘Master Planner’ dan ‘Architect’ yang berjaya membangun Putrajaya menjadi salah satu mercu tanda kejayaan pembangunan Malaysia,” kata Pengarah Komunikasi Amanah Putrajaya, Mohd Radzi Abu Bakar.
Katanya, cadangan itu tertakluk kepada persetujuan parti pembangkang yang bakal menubuhkan pakatan bersama Parti Pribumi Bersatu Malaysia naungan Dr Mahathir, yang menjawat perdana menteri ketika Putrajaya dibina.
Parti yang dianggotai beberapa bekas pemimpin kanan Umno itu kini menunggu kelulusan permohonan pendaftarannya, dan dijangka mengadakan kerjasama dengan Pakatan Harapan.
Putrajaya, yang dibina di atas bandar yang Prang Besar, dijadikan pusat pentadbiran kerajaan pusat pada 1999, ketika kemuncak kegawatan ekonomi dan krisis politik yang melanda negara.
Pada pilihan raya 2013, Husam yang mewakili PAS di kawasan parlimen itu menerima 4,402 undi, ditewaskan Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor, dengan 9,943 undi.
Selasa lepas, Husam mengumumkan menyertai Amanah, parti yang ditubuhkan bekas pemimpin PAS yang tidak bersetuju dengan hala tuju kepimpinan baharu parti itu yang menyokong presidennya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.