Pengusaha restoran jawab Fomca: ‘jangan sedap cakap, hulurlah pekerja’

Pengusaha restoran jawab Fomca: ‘jangan sedap cakap, hulurlah pekerja’

Presma kesal Fomca membuat bantahan tanpa mengkaji realiti sebenar sektor restoran

fomca
PETALING JAYA :
Restoran yang bernaung di bawah Presma sedia mengambil anak watan untuk mengisi kekosongan jawatan pelayan, penghidang makanan dan sebagainya, jika Gabungan Persatuan Pengguna Malaysia (Fomca) sedia membekalkan pekerja tempatan.

Presiden Presma, atau Persatuan Pengusaha Restoran Muslim Malaysia, Noorul Hassan Saul Hameed berkata demikian mengulas bantahan Fomca kepada gesaan Presma, Persatuan Pemilik Kedai Kopi Malaysia Singapura (MSCSPGA) dan (Persatuan Pengusaha Restoran India Malaysia (Primas), agar kerajaan menarik balik pembekuan pengambil pekerja asing baharu.

“Kalau Fomca boleh hulurkan pekerja tempatan, kita sedia tawarkan kerja,” katanya ketika dihubungi FMT hari ini.

Terdahulu, Presma, MSCSPGA dan Primas memberi amaran pembekuan pengambilkan pekerja asing baharu menjejaskan budaya makan 24 jam, lantaran kebergantungan pengusaha restoran kepada tenaga buruh luar.

Dilaksanakan Februari lepas, moratorium dikuatkuasakan selepas warga tempatan membantah rancangan untuk membawa masuk 1.5 juta pekerja asing asal Bangladesh untuk mengisi keperluan industri di sini. Lima sektor dikecualikan daripada pembekuan itu iaitu perusahaan, pembinaan, peladangan dan penghasilkan perkakas.

Timbalan Presiden Fomca Mohd Yusof Abdul Rahman hari ini menggesa pengusaha restoran mengutamakan pengambilan anak watan yang juga memerlukan pekerjaan, malah kebanjiran pekerja asing dikhuatiri mendedahkan orang tempatan kepada risiko penyakit berwabak.

“Mereka sebagai satu persatuan pengguna, kadang-kadang kena kaji keadaaan realiti sebenar,” bidas Noorul. “Buatkan kajian, buatkan satu pemantauan. Kadang-kadang ikut sedap cakap sahaja.”

Menurut Presma, peratusan pekerja asing di sektor restoran hanya 2% daripada jumlah keseluruhan pekerja asing di negara ini.

Link berita :

Fomca sokong beku warga asing bekerja di restoran

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.