
Dalam laporan laman web automotif paultan.org hari ini, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar memenangi bidaan itu pada nilai RM989,780.
Jumlah itu tinggi sedikit berbanding RM836,660 yang dibayar bagi mendapatkan plat Putrajaya, F1, baru-baru ini.
KL akan menggunakan plat V selepas ia dilaporkan algoritma abjad yang diikuti nombor dan W1A akan habis mengikut peringkat.
Dalam satu laporan Malay Mail Online pada Mei, Ketua Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan Datuk Ismail Ahmad berkata berlaku penurunan dalam bidaan nombor plat KL.
Ismail berkata beliau berharap dengan plat V, ia akan menarik minat orang ramai.
Sentara itu, dalam laman Facebook Johor Southern Tigers hari ini, Tunku Mahkota Johor Tunku Ismail Sultan Ibrahim membeli jet G650 yang dijangka dihantar pada Mei tahun depan.
“Pembelian jet baharu itu selepas model G550 diperkenankan untuk kegunaan kelab bola sepak Johor Darul Ta’zim,” menurut posting itu.
Gambar jet berkenaan turut dikongsi bersama post berkenaan, dan ramai netizen mengalu-alukan pembelian TMJ itu.