
Bercakap kepada FMT, Setiausaha Agung Kehormat Majlis Perundingan Malaysia Agama Buddha, Kristian, Hindu, Sikh dan Taois (MCCBCHST) Permatilaka KD Serisena berkata demokrasi yang dinamik terwujud dengan mendekati orang ramai.
“Kemana lagi nak salurkan kekecewaan apabila semua luahan mereka, yang bertentangan dengan status quo, dilabel menghasut? Orang perlu didengar.”
Beliau mengulas kontroversi penahanan empat hari penyanyi rap Namewee mulai hari ini angkara video muzik “Oh My God”.
Namewee, atau nama sebenar Wee Meng Chee, 33, ditahan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur semalam sekembalinya dari luar negara.
Mengakui beliau tidak pernah tonton video itu, Prematilaka berkata menghantar penyanyi itu ke penjara bukan tindakan yang betul.
“Menghumbannya ke dalam penjara bukan langkah yang betul dan tidak membantu. Dia akan jadi lebih teruk.
“Orang agama perlu dekati dan didik mereka yang perlu meluahkan rasa kecewa.
“Perubahan perlu dilakukan kerana kerajaan tidak sudi mendengar dan orang ramai dihendaki akur.”
Prematilaka mendakwa menghubungi rakan sekelas penjenayah terkenal Wong Swee Chin, yang lebih dikenali sebagai Botak Chin.
“Rakan sekelas itu beritahu saya Swee Chin di sekolah pernah tergolong dalam lima pelajar terbaik dalam kelas. Dia terjerumus ke lembah jenayah selepas dia dinafikan pinjaman bank dan diberitahu yang orang Cina tidak boleh dapat pinjaman.”
Prematilaka menambah tindak tanduk menteri juga menambahkan kekecewaan orang ramai.
Beliau merujuk kepada Menteri Pembangunan Wilayah dan Luar Bandar Datuk Ismail Sabri Yaakob yang menyeru Low Yat “Melayu” diwujudkan, kini dikenali sebagai sebagai Mara Digital Mall, atau Low Yat 2.
“Menteri rasa mereka lebih hebat daripada orang lain. Maaf, mereka tak hebat mana pun. Pertamanya mereka patut lebih bertanggungjawab bila bercakap dan menghormati rakyat yang memilih mereka.”
Pautan: