Kerajaan akan batal tuntutan saman syarikat kurma

Kerajaan akan batal tuntutan saman syarikat kurma

Asia Kitchen Industries Sdn Bhd mendakwa perniagaannya terjejas akibat cukai barangan dan perkhidmatan (GST).

gst_law_kurma_600
KUALA LUMPUR:
Kerajaan akan mengambil langkah membatalkan tuntutan saman yang dikemukakan pengimport dan pengedar kurma Asia Kitchen Industries Sdn Bhd, atas dakwaan ia terjejas akibat pelaksanaan cukai barangan dan perkhidmatan (GST).

Peguam Kanan Persekutuan Farah Ezlin Yusop Khan memberitahu wartawan, selepas pengurusan kes hari ini, yang kerajaan berhasrat untuk membatalkan tuntutan saman itu.

“Bagaimanapun, kami akan memfailkan permohonan itu selepas menerima penyata tuntutan pindaan daripada Asia Kitchen,” katanya.

Peguam Abu Backer Sidek yang mewakili Asia Kitchen berkata pendaftar menetapkan 26 Ogos bagi satu lagi pengurusan kes syarikat itu untuk meminda kenyataannya.

Pada 17 Jun, syarikat itu menyaman Jabatan Kastam dan kerajaan. Ia mendakwa GST menjejaskan pasaran kurma.

Ia mendakwa kerajaan tidak adil terhadap umat Islam berhubung makanan ketika musim perayaan mereka. Makanan lain, ketika musim perayaan, dikelaskan sebagai kadar sifar, dakwanya.

Asia Kitchen mendakwa kerajaan mengkhianati rakyat dalam isu kos sara hidup. Ia merujuk kepada peningkatan kos sara hidup dan menyebabkan rakyat menderita.

BACA JUGA:  Pengedar kurma saman kerajaan tidak adil terhadap umat Islam

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.