Sarjana Islam gesa Indonesia mansuh hukuman bunuh

Sarjana Islam gesa Indonesia mansuh hukuman bunuh

Tariq berkata Islam menekankan belas kasihan dan merayu Jokowi menghentikan hukuman itu.

Dr Tariq Ramadan
KUALA LUMPUR:
Sarjana Islam Eropah, Dr Tariq Ramadan, menulis surat kepada Presiden Indonesia Joko Widodo menggesa kerajaannya memansuhkan hukuman bunuh terhadap pesalah dadah dengan berkata ia tidak mencerminkan nilai Islam.

Tariq, sarjana berpusat di Paris yang merupakan profesor pengajian Islam di Universiti Oxford, UK, berkata Islam sebaliknya menyeru “pengampunan dan belas kasihan”.

“Paling penting, rahmah (belas kasihan) merupakan keperluan utama, prinsip penting, tanggungjawab mustahak, walaupun tidak ada syak dan semua syarat dikumpulkan,” katanya dalam surat itu.

Minggu lalu, empat orang – tiga warga Nigeria dan seorang warga tempatan – ditembak mati di Penjara Nusakambangan, Indonesia, selepas disabit atas kesalahan mengedar dadah, sekali gus mengabaikan permintaan antarabangsa.

Indonesia melaksana hukuman mati kepada 14 banduan kebanyakannya warga asing yang terlibat dalam jenayah dadah sejak setahun yang lalu menyebabkan kemarahan aktivis hak asasi, yang menekan negara itu memansuhkan hukuman mati.

Sekitar 152 orang masih menunggu hukuman mati di Indonesia termasuk pengedar dadah dari Filipina, Perancis dan Britain.

Tariq berkata sebagai negara dengan bilangan penduduk Islam terbesar, Indonesia perlu menunjukkan teladan yang Islam dan demokrasi boleh saling wujud.

Katanya, Syariah juga tidak memerincikan hukuman untuk kesalahan dadah.

Beliau mengingatkan Jokowi yang Nabi Muhammad sentiasa memberikan teladan kepada umat Islam supaya mengampuni pesalah dan menggalakkan mereka bertaubat, serta mengabaikan hukuman bunuh sekiranya perlu.

 

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.