Selepas babi disingkir, Hindu Sangam mahu vaksin bebas lembu

Selepas babi disingkir, Hindu Sangam mahu vaksin bebas lembu

Gesaan dibuat selepas kerajaan menyatakan 10 vaksin akan menggunakan gelatin lembu menggantikan ramuan berasaskan khinzir.

RS mohan

PETALING JAYA:
Pertubuhan Hindu Sangam yang mewakili persatuan Hindu di negara ini mahu kerajaan memastikan vaksin yang digunakan dalam imunisasi kanak-kanak bebas gelatin lembu.

Ia selepas Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menyatakan 10 vaksin akan menggunakan gelatin lembu menggantikan ramuan babi berasaskan khinzir, lapor The Star.

“Sesetengah orang mungkin menolak untuk divaksin kerana gelatin punca lembu itu, jadi kerajaan perlu bertimbang rasa memikirkan golongan ini,” kata Presiden Malaysia Hindu Sangam, R S Mohan Shan.

Setiausaha Agung Malaysia Hindu Dharma Mamandram (MHDM) pula berkata penganut agama Hindu berhak membantah divaksinkan dengan gelatin punca lembu atas alasan agama.

V Rishi Kumar menyarankan kerajaan supaya mencari alternatif berasaskan tumbuhan.

Mohan dan Rishi turut menggesa KKM memastikan semua ubat berasaskan binatang dilabelkan dengan betul supaya doktor dan pesakit boleh membincangkan pilihan lain.

Meskipun begitu, Mohan merayu penganut agama Hindu supaya mengikut perkembangan terbaru kerana agama memberi pengecualian untuk bahan-bahan yang mampu memberi kebaikan yang terbanyak.

“Memakan daging lembu tidak digalakkan dan penganut Hindu, serta sebahagian penganut ajaran Buddha dan maun (vegetarian) tidak akan memakannya. Tetapi kamu harus ingat vaksin bertujuan untuk menyelamatkan nyawa.

“Hindu agama yang progresif dan ia memberi keutamaan kepada manfaat dan nilai perubatan satu-satu produk, walaupun ia haram untuk dimakan,” kata Mohan.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.