
Saman itu, difailkan di Los Angeles, berkata ia mahu merampas aset-aset yang “terbabit dalam dan boleh dikesan kepada suatu konspirasi antarabangsa untuk mengubah wang yang dilesapkan daripada 1MDB.”
Saman itu berkata salahlaku yang didakwa itu berlaku sepanjang tempoh empat tahun dan melibatkan pelbagai individu, termasuk pegawai warga Malaysia dan rakan-rakan mereka, yang berkonspirasi untuk melencongkan berbilion dolar dengan tipuan daripada 1MDB.