Ekoran itu, polis menahan tiga orang yang dipercayai berkaitan dengan pembunuhan beramai-ramai itu, lapor Reuters.
“Salah seorang daripada penyerang yang merancang serangan di Nice adalah militan IS,” petik agensi berita Amaq yang beroperasi untuk kumpulan militan IS dalam akaun Telegramnya.
“Operasi itu dijalankan sebagai tindak balas kepada seruan mensasar warga negara yang merupakan sebahagian daripada gabungan menentang IS,” kata agensi itu.
Bagaimanapun, pihak berkuasa Perancis masih belum mengemukakan sebarang bukti terhadap suspek, warga Tunisia berusia 31 tahun yang ditembak mati oleh polis dalam serangan itu mempunyai latar Islam radikal.
Namun, Menteri Dalam Negeri, Bernard Cazeneuve berkata Mohamed Lahouaiej Bouhlel berkata dia mungkin telah mengalami perubahan pesat dalam jangka masa tertentu.
“Dia mungkin hadapai kesan radikal secara cepat, dipengaruhi unsur-unsur testimoni orang di sekelilingnya,” kata Cazeneuve kepada pemberita.
Berhubung dengan kakaknya di Tunisia, Bouhlel dikatakan menghadapi masalah psikologi sejak bermaustatin di Perancis pada tahun 2005.
Manakala, saudara-mara dan rakan-rakan yang ditemui di sekitar Nice meragui Bouhlel berkait dengan militan IS.
Polis dan pihak berkuasa Perancis berjaya menahan dua orang termasuk isteri Bouhlel.
Dia ditembak mati selepas merempuh orang ramai menggunakan sebuah trak sejauh dua kilometer di pinggir laut Promenade des Anglais ketika berlangsung pertunjukan bunga api menandakan hari kebangsaan Perancis berakhir.
Kementerian Kesihatan negara itu mengesahkan 121 orang berada di dalam hospital, termasuk 30 kanak-kanak dan 26 individu masih dalam rawatan rapi.