Safiq Rahim mahu kembangkan bisnes

Safiq Rahim mahu kembangkan bisnes

Impian mahu bawa pasukan JDT ke peringkat lebih tinggi lagi.

Safiq Rahim

PETALING JAYA:
Selepas mengumumkan pengunduran beliau dari skuad bolasepak kebangsaan, ketua pasukan Johor Darul Takzim (JDT) Safiq Rahim kini mahu mengembangkan perniagaannya.

Safiq yang memiliki kafe SR8 yang menjual makanan barat di Johor, merancang mahu membuka cawangan di Kuala Lumpur.

“Insha Allah, jika diberikan rezeki lebih, apa salahnya kembangkan perniagaan yang ada,” jawabnya ringkas ketika ditanya FMT.

Safiq juga berkata beliau mahu menumpukan usaha menaikkan prestasi pasukan JDT.

Safiq merupakan antara empat pemain JDT dalam skuad Harimau Malaysia yang mengumumkan pengunduran mereka sejak dua hari lalu.

Turut mengumumkan persaraan ialah Aidil Zafuan Abdul Radzak, S Kunanlan dan Amirul Hadi Zainal.

Semalam, pemilik JDT Tunku Ismail Sultan Ibrahim menuduh Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) sebagai punca pemain meninggalkan skuad kebangsaan itu.

“FAM lakukan apa yang biasa mereka lakukan iaitu mengabaikan mereka. Sama seperti bagaimana mereka mengabaikan kelab dan penyokong bola sepak di seluruh negara selama 30 tahun.”

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.