Johan pengarah urusan dan CEO baharu Tabung Haji

Johan pengarah urusan dan CEO baharu Tabung Haji

Datuk Johan Abdullah menggantikan Tan Sri Ismee Ismail yang menamatkan perkhidmatannya pada akhir bulan ini.

Johan-Abdullah-Tabung-Haji
KUALA LUMPUR: Lembaga Tabung Haji melantik Datuk Johan Abdullah sebagai pengarah urusan kumpulan dan ketua pegawai eksekutif (CEO) berkuat kuasa 1 Julai.

Tabung Haji dalam satu kenyataan hari ini berkata Johan menggantikan Tan Sri Ismee Ismail yang menamatkan perkhidmatannya pada akhir Jun selepas berkhidmat lebih sedekad menganggotai lembaga pengarah.

Johan memiliki Ijazah Sarjana Pentadbiran Perniagaan (Kewangan) dari Morehead State University dan ijazah dalam Pentadbiran Perniagaan (Kewangan) daripada Eastern Michigan University.

Sebelum menyertai Tabung Haji sebagai timbalan pengarah urusan kumpulan dan CEO pada 15 Januari tahun lepas, beliau berkhidmat sebagai pengarah urusan dan CEO BIMB Holdings Bhd sejak Mei 2008.

Beliau juga pernah memegang beberapa jawatan kanan di Bursa Malaysia Bhd dan memiliki pengalaman luas dalam bidang kewangan korporat, pasaran modal dan kewangan Islam.

– BERNAMA

 

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.