Artikel dalam laman web Rolling Stone menyatakan Chapter membuktikan Yuna ‘seorang penulis lirik berwawasan yang hanya memerlukan satu atau dua lagi lagu terbaik untuk mendapatkan perhatian arus perdana’.
Hasil kerja Yuna dilihat seiring dengan album artis antarabangsa seperti Beyonce- Lemonade dan Rihanna- Anti.
Yuna berasal dari Alor Setar, Kedah mula terkenal melalui MySpace dan membuat debut rakaman pertamanya pada tahun 2008 yang memenangi lima anugerah Anugerah Industri Muzik.
Sejak itu, Yuna berpangkalan di Amerika Syarikat. Albumnya Chapter menampilkan artis R&B antarabangsa yang lain seperti Usher dan Jhene Aiko.
Lagu Yuna, Crush yang memaparkan Usher memperoleh nombor 10 pada carta US Billboard dalam kategori lagu R&B Dewasa.