Katanya permintaan rumah kos rendah seperti Projek Perumahan Rakyat (PPR) dan Perumahan Awam (PA) di kawasan bandar kini semakin meningkat memandangkan semakin ramai penghuni kota, khususnya golongan berpendapatan rendah tidak mampu
untuk membeli rumah yang bernilai tinggi.
“Bayangkan kalau sewa sebulan kini mencecah lebih RM1,000 di Kuala Lumpur, apatah lagi ingin membeli sebuah rumah yang mana rumah yang dibangun kini berharga lebih RM300,000.
“Sebab itu saya melihat bagaimana kita boleh membina banyak lagi rumah PPR dan PA ini di dalam bandar,” katanya kepada Bernama selepas menghadiri Majlis Sumbangan Ramadan dan Aidilfitri di Taman Maluri, di sini hari ini.
Katanya bagi menangani isu pemilikan tanah, kerajaan disaran mengambil pendekatan proaktif dengan mengenal pasti dan membeli tanah-tanah milik swasta bagi tujuan pembangunan rumah kos rendah.
Pada majlis itu, lebih 600 orang yang terdiri daripada warga emas, orang kurang upaya, anak yatim dan ibu tunggal di Zon Taman Maluri mendapat sumbangan berbentuk wang tunai dan juga barang-barang keperluan hari ini.
-Bernama
