Duta Israel rai pemimpin Islam Singapura buka puasa

Duta Israel rai pemimpin Islam Singapura buka puasa

Majlis tahunan diraikan oleh lebih 70 orang kenamaan, tetamu dan wakil daripada kerajaan Singapura, kumpulan agama dan persatuan perniagaan.

duta

PETALING JAYA:
Bersempena bulan suci Ramadan, setiap tahun pemimpin masyarakat Islam dan Yahudi di Singapura merapatkan ikatan persaudaraan dan bersama meraikan Iftar.

Majlis khas itu diraikan oleh lebih 70 orang kenamaan, tetamu dan wakil daripada kerajaan Singapura, kumpulan agama dan persatuan perniagaan dan bertempat di Pusat Jacob Ballas, Singapura, semalam.

Hadir di majlis itu adalah Menteri Kanan Pertahanan Singapura Dr Mohammed Maliki Osman yang merupakan tetamu kehormat, imam Masjid Ba’alwie Habib Hasan al-Attas mewakili masyarakat Islam dan Ketua Rabai Mordechai Abergel mewakili masyarakat Yahudi.

Mereka disambut oleh tuan rumah acara itu, Duta Besar Israel di Singapura, Yael Rubinstein.

“Rakyat Singapura menunjukkan bahawa masyarakat di sini adalah yang paling inklusif di dunia,” katanya, memuji keharmonian hubungan antara pelbagai agama, serta kesamaan peluang secara adil dan saksama di Singapura.

Habib Hasan dalam ucapannya menekankan perlunya sikap saling hormat-menghormati antara agama di Singapura.

Jacob Ballas merupakan seorang Yahudi Iraq dan Pengerusi Malayan Stock Exchange daripada 1962 hingga 1967, dan pusat bersempena namanya itu beroperasi sebagai lembaga kebajikan masyarakat Yahudi.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.