Cucu Muhammad Ali tandatangani kontrak modeling

Cucu Muhammad Ali tandatangani kontrak modeling

Mewarisi wajah tampan dan tubuh atletik datuknya, Baggio, 17, akan menyertai antara agensi modeling terbaik dunia.

cutu-mohd-ali
NEW YORK: Biaggio Ali Walsh, cucu kepada legenda tinju Muhammad Ali tidak berminat mengikut jejak langkah datuknya apabila menandatangani kontrak sebagai seorang model dengan agensi terkemuka, Wilhelmina Models, baru-baru ini.

Mewarisi wajah tampan dan tubuh atletik datuknya, Baggio yang baru berusia 17 tahun akan menyertai bintang ternama seperti Demi Lovato, Nick Jonas dan Shawn Mendes yang turut bernaung di bawah agensi sama.

Biaggio ialah anak kepada Rasheda Ali-Walsh iaitu anak perempuan Muhammad Ali.

Meskipun kini aktif sebagai model, Biaggio berkata dia berminat dengan bola sepak, sukan yang disertainya ketika di sekolah menengah.

“Saya fikir datuk dan saya mempunyai satu persamaan ketika di padang, kami ada kelajuan yang sama,” katanya dipetik daripada kompas.com.

Muhammad Ali ialah juara dunia tinju heavyweight antara 1964-1978 dan beliau juga terkenal sebagai pejuang kemanusiaan.

Peninju yang lahir dengan nama Cassius Clay Jr itu meninggal dunia pada 3 Jun lalu selepas 32 tahun menderita penyakit parkinson.

Selama hidupnya, Muhammad Ali pernah berkahwin empat kali iaitu dengan Sonji Roi, Belinda Boyd, Veronica Porche, dan Lonnie. Beliau mempunyai sembilan anak iaitu Rasheda, Jamilla, Laila, Asaad, Hana, Maryum, Khaliah, Muhammad Jr, dan Miya serta tiga cucu, Curtis, Sydney, dan Biaggio.

 

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.