Peguam Johor sedia bantuan guaman kes kritik kerabat diraja

Peguam Johor sedia bantuan guaman kes kritik kerabat diraja

Sekumpulan peguam di Johor berkata akan memberi bantuan guaman kepada mereka yang dituduh menghina keluarga diraja dengan percuma

Johor-Bar-Committee-chairman-S-Gunasegaran

PETALING JAYA:
Bantuan guaman ditawarkan kepada mereka yang terlibat dalam kes berkaitan dengan kritikan terhadap keluarga diraja Johor, kata sekumpulan peguam di negeri itu.

Jawatankuasa Peguam Negeri Johor menjawab dakwaan pertubuhan hak asasi Suaram yang berkata amat sukar mendapatkan pembelaan bagi kes seumpama itu.

Portal Malaysiakini memetik pengerusi jawatankuasa itu, S Gunasegaran sebagai berkata peguam Johor bersedia memberi bantuan guaman kepada pengkritik keluarga diraja.

Tambahnya, jawatankuasa itu juga bekerjasama dengan Majlis Peguam Malaysia di Kuala Lumpur untuk mendapatkan bantuan menerusi Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan (YBGK) untuk mewakilkan seorang peguam kepada tertuduh.

“Setakat yang saya tahu, tiada satu pun kes (di Johor) yang tidak diwakili peguam. Mereka akan sentiasa diwakili peguam sama ada dari Johor atau Kuala Lumpur,” kata Gunasegaran.

“Dalam beberapa kes tertentu, tertuduh membawa peguam sendiri sama ada dari Kuala Lumpur atau tempat lain,” jelasnya.

Semalam, Pengarah Eksekutif Suaram Sevan Doraisamy berkata ia menerima 13 kes berkaitan kritikan terhadap kerabat diraja dan terpaksa berhadapan dengan pelbagai ancaman di laman webnya selepas menghadapi kesukaran mendapatkan peguam Johor.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.