Beliau berkata demikian merujuk peristiwa tembakan di sebuah kelab gay di Orlando, Amerika Syarikat Ahad lalu, yang meragut 50 nyawa, termasuk penembak Omar Mateen.
“Kelihatan seperti komuniti gay menjadi sasaran. Ini tidak boleh diterima. Keganasan ke atas mana-mana kumpulan dalam apa bentuk sekali pun tidak boleh diterima,” beliau berkata demikian ketika menghadiri majlis berbuka puasa di Masjid Khadijah.
“Di sini, kerajaan akan bertindak tegas sekiranya ada ancaman keganasan ke atas sesiapa atau mana-mana kumpulan. Tugas kerajaan ialah melindungi semua orang.
“Bangsa mereka, agama mereka dan orientasi seksual mereka, tidak relevan.”
Shanmugam turut berkata Singapura menghadapi risiko serangan oleh golongan yang bertukar menjadi radikal.
Katanya kerajaan Singapura akan melancarkan app baharu tahun ini yang akan membolehkan rakyat melaporkan sebarang kecemasan kepada polis dengan segera.