Husam ada hati sertai AMANAH

Husam ada hati sertai AMANAH

"Saya belum isytihar masuk parti ini, tetapi ada hati menyertainya," kata Husam.

husam

PETALING JAYA:
Bekas Naib Presiden PAS, Datuk Husam Musa menyampaikan hasratnya untuk menyertai parti AMANAH.

“Saya belum isytihar masuk parti ini, tetapi ada hati menyertainya,” katanya lapor Berita Harian.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada ceramah umum Parti Amanah Negara di Kota Lama Kanan, semalam.

Husam dipecat dari parti PAS berkuastkuasa 23 April lalu selepas Jawatankuasa Tatatertib PAS mendapatinya melakukan tindakan dan perbuatan yang bersalahan dengan Fasal 82(1)(b), (c), (d), (e) dan (f), Perlembagaan PAS.

Bagaimanapun Husam belum membuat sebarang keputusan muktamad berhubung hasratnya itu.

Dalam pada itu, Husam menyampaikan keyakinan beliau terhadap calon AMANAH dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Kuala Kangsar, Dr Ahmad Termizi Ramli yang dijangka akan memenangi kerusi itu.

“Saya menyertai kempen parti ini di beberapa kawasan seperti Kampung Rambai 7, sambutan amat menggalakkan dan Insya-Allah beliau akan memenangi kerusi itu pada 18 Jun ini,” katanya.

Sebelum ini Presiden AMANAH, Mohamad Sabu mengalu-alukan kehadiran Husam ke parti itu setelah beliau sah dipecat dari PAS.

Mohamad Sabu juga mengiktiraf kebijaksanaan Husam terutamanya dalam bidang ekonomi memandangkan pernah bersamanya di Parlimen.

“Kita mengalu-alukan orang sepertinya untuk berada dalam AMANAH. Terpulang kepadanya nak pilih parti mana. Bagi saya, saya iktiraf dia seorang yang berkebolehan dalam ekonomi,” kata Mohamad Sabu.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.