Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek berkata, ia berlaku apabila masing-masing menyedari mereka memerlukan satu sama lain untuk mencapai matlamat.
“Lim Kit Siang ada matlamat dia, matlamat yang dikehendaki parti DAP tetapi Kit Siang sedar kalau bersendirian mereka tidak dapat apa-apa.
“Mereka memerlukan kuda-kuda untuk ditunggang, dulu mereka memperkudakan Datuk Seri Anwar Ibrahim, Datuk Seri Abdul Hadi Awang, sekarang ini memperkudakan pemimpin Parti Amanah Negara (AMANAH).
“Kini, mereka dapat kuda baru iaitu Mahathir kerana mereka rasakan untuk DAP bercakap sendiri tidak ke mana,” katanya.
Jelasnya, Mahathir juga mempunyai tanggapan yang sama bagi mencapai matlamatnya iaitu untuk menjatuhkan Datuk Seri Najib Razak sebagai Perdana Menteri.
“Mahathir pula anggap kalau bersendirian tidak ke mana, satu ketika dahulu dia pergi kemana-mana beliau ada sokongan terutama dari BN.
“Kini, beliau berseorangan dan memerlukan kuda untuk ditunggang dan kuda yang beliau nampak tidak ada kuda besar
“Mungkin kuda tua seperti Kit Siang yang harap boleh ditunggang dan kuda-kuda yang patah kaki, serpihan PAS iaitu PAN,” ujarnya.
