DAP rela guna cara ‘kotor’ raih undi – Bung Moktar

DAP rela guna cara ‘kotor’ raih undi – Bung Moktar

Tindakan DAP memasang papan iklan provokasi itu juga memberikan gambaran sebenar pemimpin parti itu sekiranya diberi mandat mentadbir negara.

DAP Bung Mokhtar

PETALING JAYA:
DAP sanggup membuat apa saja termasuklah menggunakan corak berkempen cara kotor bagi meraih sokongan pengundi kepada sekutu mereka AMANAH pada PRK Sungai Besar.

Perkara itu dibangkitkan, Ahli Majlis Tertingi UMNO,Datuk Bung Moktar Radin sebagai respons kepada tindakan DAP yang memasang papan iklan rasis ‘Cina babi’ dan menuduh PAS bersekongkol dengan BN dalam skandal 1MDB ketika kempen PRK Sungai Besar.

Katanya, apa yang dilakukan pemimpin DAP itu juga memberi gambaran sebenar sikap mereka sekiranya diberi mandat untuk mentadbir negara.

“PRK Sungai Besar nampaknya dijadikan medan pemimpin DAP untuk memperlihatkan wajah sebenar parti tersebut, malah mereka sanggup buat apa saja demi meraih sokongan kepada calon yang mereka sokong (AMANAH),” katanya kepada FMT.

Tindakan DAP memasang papan iklan menimbulkan rasa tidak puas hati banyak pihak termasuklah daripada pemimpin PAS dan BN apabila menyifatkan perbuatan itu sebagai taktik kotor dan terdesak untuk meraih sokongan.

Setiausaha Publisiti DAP Tony Pua tampil membuat penjelasan papan iklan ucapan rasis Ketua UMNO Bahagian Sungai Besar Datuk Jamal Yunos dan lain-lain diletakkan kerana ingin memberi peringatan kepada rakyat tentang salah laku yang dibuat pemimpin parti lawan.

Bung yang juga ahli Parlimen Kinabatangan berkata penyertaan AMANAH di dua PRK Sungai Besar dan Kuala Kangsar hanyalah disebabkan arahkan pemimpin DAP.

Katanya, perkara itu terbukti apabila DAP dilihat lebih menonjol berbanding AMANAH walaupun parti itu tidak bertanding.

“Saya melihat AMANAH sebenarnya hanya dijadikan alat DAP sebab kempen PRK kali ini nampaknya dipimpin DAP dan AMANAH hanya pak turut saja,” katanya.

Link
Billboard kempen ingatkan rakyat tentang ‘Cina babi’ – Tony

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.