Ia menganggarkan republik itu dan Hong Kong akan meningkatkan pegangan mereka dalam aset pesisir sedunia sehingga 23% dalam empat tahun akan datang, daripada 18% tahun lalu.
Kepesatan Singapura, menurut laporan itu, dibantu kewujudan pasaran gergasi serantau seperti China dan Indonesia, menurut laporan itu.
Aset pesisir di Singapura dijangka tumbuh 9.2% kepada AS$1.7 trilion (RM6.9 bilion) daripada AS$1.1 trilion, menurut Mariam Jaafar, pengarah urusan BCG Singapura seperti dipetik akhbar The Straits Times.
Mariam berkata pembangunan ekonomi di rantau Asia-Pasifik akan menguntungkan Singapura dan Hong Kong.
Asia-Pasifik juga dijangka akan mengambil alih Eropah Barat sebagai rantau terkaya tahun depan.
Switzerland memegang seperempat jumlah aset pesisir pada 2015, dan dijangka terus menjadi pusat kewangan luar pesisir utama dunia sehingga 2020, kata BCG.