Kajian oleh Julius Centre itu diterbitkan jurnal Public Health Nutrition, lidah rasmi The Nutrition Society, persatuan pakar nutrisi dan zat yang terbesar di Eropah.
Kajian itu juga mendapati wanita keturunan Melayu dan India lebih cenderung mengalami kekurangan vitamin D.
Ini mungkin disebabkan warna kulit yang tidak begitu cerah, cara berpakaian yang selalunya menutup sebahagian besar badan dan tabiat berlindung daripada cahaya matahari yang merupakan sumber utama vitamin D.
Beberapa kajian dari negara barat mendapati kekurangan vitamin D boleh menyebabkan simptom depresi.
Kajian sama belum pernah dilakukan di negara seperti Malaysia yang menerima cahaya matahari yang banyak.
Kajian Julius Centre menyeru supaya pemeriksaan rutin dilakukan pihak berkuasa dan langkah diambil menggalakkan pengambilan vitamin D di kalangan wanita.
Pengkaji Dr Moy Foong Ming berkata hasil kajian itu membimbangkan.
“Sekiranya tidak ada tindakan bagi membetulkan kadarvitamin D di kalangan wanita ini, mereka berisiko menghidap osteoporosis selepas menopaus pada peringkat tua,” katanya dipetik portal perubatan Medical Xpress, sambil menambah kekurangan vitamin D juga dikaitkan dengan penyakit jantung.
