“Umat Islam sepatutnya mengawal nafsu dan keinginan terhadap bermacam makanan kegemaran mereka dan menghayati bulan mulia ini serta memperbanyakkan ibadah,” katanya seperti dipetik Bernama pada majlis anjuran Jabatan Mufti Perlis di Kangar, hari ini.
Asri berkata umat Islam perlu merancang perbelanjaan supaya tidak membeli makanan sehingga berlaku pembaziran.
Beliau juga menegur amalan berbuka puasa di hotel kerana ia merupakan pembaziran dan boleh melalaikan sehingga meninggalkan sembahyang.
Kenyataan Asri itu dibuat sehari selepas aktivis pengguna S M Mohamed Idris menggesa bufet Ramadan diharamkan kerana melanggar prinsip kesederhanaan ketika berpuasa.
Presiden Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) itu turut melahirkan rasa sedih kerana ramai memperlekeh bulan suci itu dengan berbelanja besar.
“Komersialisasi bufet Ramadan dan sebagainya merupakan satu penghinaan sama seperti umat Islam makan di khalayak ramai di siang hari.
“Lebih baik mengharamkan bufet Ramadan dan berbuka di rumah. Masak sendiri dan makan secara sederhana,” kata Idris.