Sebaliknya, Presiden Persatuan Hotel Malaysia (MAH) Cheah Swee Hee berkata bufet Ramadan menawarkan kepelbagaian kepada umat Islam ketika berbuka puasa.
“Bufet Ramadan adalah untuk umat Islam berbuka puasa.
“Bufet tidak menggalakkan budaya makan berlebihan, sebaliknya ia menawarkan kepelbagaian. Lain orang lain selera, lain citarasa, sebab itulah diadakan bufet, ia tidak memaksa orang makan berlebihan,” katanya ketika dihubungi FMT.
Beliau memberi reaksi terhadap presiden CAP, S M Mohamed Idris, yang menggesa pihak berkuasa mengharamkan bufet berbuka puasa kerana tersasar dari semangat Ramadan yang mahu umatnya mengamalkan kesederhanaan.
“Komersialisasi bufet Ramadan dan sebagainya merupakan satu penghinaan sama seperti umat Islam makan di khalayak ramai di siang hari.
“Lebih baik mengharamkan bufet Ramadan dan berbuka di rumah. Masak sendiri dan makan secara sederhana,” kata Idris.
Menurut Idris, pelbagai juadah berbuka puasa dan sahur akhirnya membawa kepada pembaziran.
Aktivis pengguna itu juga merujuk laporan menyebut sebanyak 9,000 tan makanan dibuang setiap hari dalam bulan Ramadan.
