Sehubungan itu, beliau menegaskan PSM sama sekali tidak akan melibatkan diri dalam PRK Sungai Besar dan Kuala Kangsar ini.
“PRK Sungai Besar dan Kuala Kangsar tidak signifikan dalam membawa perubahan yang rakyat inginkan, iaitu menewaskan BN.
“Adakah parti pembangkang mengambil kira perkara itu? Mereka hanya menunjukkan ego masing-masing dan berpolitiking,” katanya ketika ditemui di Kongres Nasional PSM yang berakhir hari ini.
PAS dan Pakatan Harapan sebelum ini gagal mencapai kata sepakat bagi memastikan satu lawan satu dengan BN.
Penamaan calon hari ini menyaksikan pertembungan tiga penjuru di Sungai Besar dan empat penjuru di Kuala Kangsar, apabila Izat Bukhary Ismail Bukhary bertanding di bawah tiket bebas.
Beliau berkata, Amanah yang mewakili Pakatan Harapan dan PAS hanya bertanding untuk siapa yang mendapat undi yang lebih banyak.
“Bagi saya mereka hanya membazirkan masa saja,” katanya.
Beliau berkata, PSM tidak pernah berhenti menggesa parti pembangkang lain agar mengetepikan perbezaan dan fokus dalam menentang BN.
“Setiap kali kita cakap ‘jangan ulang lagi’ (perbalahan). Harapnya kali ini mereka sedar,” katanya.
Sebelum ini Ahli Jawatankuasa Pusat PSM Dr Michael Jeyakumar menegaskan parti itu tidak akan membantu kempen parti pembangkang jika Pakatan dan PAS gagal memastikan pertembungan satu lawan satu dengan BN.
