Mesyuarat MIC kecoh, penyokong merusuh

Mesyuarat MIC kecoh, penyokong merusuh

EGM MIC di Subang Jaya hari ini kecoh apabila sekumpulan penyokong bekas presiden melakukan cubaan merempuh bilik mesyuarat.

palnivel-1

SUBANG JAYA:
Sekumpulan penyokong MIC dipercayai daripada ‘geng’ bekas presiden Datuk Seri G Palanivel datang ke mesyuarat agung luar biasa (EGM) parti India itu di sini hari ini.

Mereka cuba masuk ke Grand Boulevard di One City di mana EGM itu berlangsung, dengan tujuan menghentikan mesyuarat berkenaan yang turut dihadiri Presiden MIC Datuk Seri Dr S Subramaniam.

Sesetengah penyokong bertindak melampau dengan membaling botol ke arah polis yang berkawal di luar lokasi mesyuarat.

Namun, mesyuarat tetap berlangsung di dalam dewan, sementara ada ahli daripada kumpulan yang membuat kecoh di luar melaung mendesak Subramaniam meletak jawatan sebagai presiden MIC.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.