Vida atau nama sebenarnya Datuk Seri Hasmiza Othman dipetik sebagai berkata kepada Kosmo, jika nombor pendaftaran baharu Putrajaya, F1 berjaya diperoleh, beliau akan meletakkannya di kereta mewah Ferrari yang bakal dibeli.
Bagi nombor pendaftaran V1 pula, beliau belum memikirkan jenama kereta yang bakal dibeli.
“F1 satu nombor cukup unik. Memang saya berminat untuk memiliki nombor tersebut dan saya akan berusaha mendapatkannya walaupun harga bidaan mencecah RM1 juta.
“Begitu juga nombor V1, saya akan membida nombor tersebut. Sekiranya saya berjaya dalam bidaan bagi kedua-dua nombor pendaftaran itu, saya anggap ia rezeki saya,” katanya kepada Kosmo.
