BPA, dalam kenyataan hari ini, berkata orang ramai boleh menyalurkan aduan, pertanyaan, cadangan dan penghargaan berkaitan sistem penyampaian agensi kerajaan menerusi aplikasi berkenaan.
“Rakyat Responz merangkumi kementerian, jabatan kerajaan persekutuan, kerajaan negeri dan pihak berkuasa tempatan.
“Sebagai permulaan, Rakyat Responz dibangunkan di bawah platform Android dan boleh dimuat turun dari ‘Google Play’ dan Galeri Aplikasi Mudah Alih Kerajaan Malaysia (GAMMA Malaysia),” katanya.
Pada 17 Mei lepas, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Paul Low Seng Kuan selepas melancarkan aplikasi berkenaan, berkata setiap kementerian, agensi dan jabatan ditetapkan sasaran tempoh masa 15 hari bagi menyelesaikan aduan yang diterima.
– BERNAMA