
“Jika anda kenal lelaki ini, sila utuskan ucapan terima kasih kami,kepadanya” demikian muat naik status wanita yang menggunakan nama Reena Peter dalam laman sosial Facebooknya.
Permintaan yang mencapai hampir 400 perkongsian menceritakan pengalaman wanita itu diganggu sekumpulan lelaki yang turut meminta dia dan anaknya menyerahkan duit serta telefon bimbit milik mereka.
Kejadian dikatakan berlaku pada Sabtu lepas dalam sebuah gerabak komuter ketika kedua-dua ibu dan anak dalam perjalanan ke KL Sentral.
“Lelaki dalam foto ini datang seperti malaikat dan bergaduh dengan ketua kumpulan itu serta menumpaskan dia. Ahli kumpulan yang selebihnya terus turun di stesen selepas itu.
“Kami dalam trauma serangan sehingga tidak sempat bertanya nama beliau ataupun mengucapkan terima kasih kepadanya. Tetapi anak perempuan saya sempat merakam gambarnya dalam telefon bimbitnya.
“Jika sesiapa daripada anda mengenali lelaki ini, sila KONGSI pesanan bahawa Ms.Reena dan anak perempuannya mengucapkan terima kasih…,” tulisnya.