Pasangan pukul, rakam gambar bogel pekerja didakwa esok

Pasangan pukul, rakam gambar bogel pekerja didakwa esok

Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner R Munusamy, berkata kertas siasatan kes sudah diserahkan kepada Timbalan Pendakwa Raya pada Jumaat lalu.

PDRM

PETALING JAYA:
Pasangan suami isteri yang dipercayai terlibat dalam kes memukul tiga wanita dalam satu kejadian di Kondominium Fortune Perdana, Kepong selain merakam gambar bogel mereka minggu lalu, akan dihadapkan ke Mahkamah Majistret Jalan Duta, esok.

Dalam satu laporan akhbar Berita Harian, Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner R Munusamy, berkata kertas siasatan kes sudah diserahkan kepada Timbalan Pendakwa Raya pada Jumaat lalu.

“Kedua-dua mereka ditahan ketika ketika menyerah diri di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sentul, Selasa lalu dan akan disiasat mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan.

“Mereka telah mendatangkan kecederaan, tetapi mungkin dituduh mengikut seksyen lain,” katanya.

Pada 9 Mei lalu, pasangan itu mendakwa melakukan perbuatan tersebut selepas ketiga-tiga mereka mencuri wang milik syarikat sebanyak RM18,000.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.