Lelaki hantar mesej jelik kepada kerabat Johor ditahan

Lelaki hantar mesej jelik kepada kerabat Johor ditahan

Ketika penahanan, turut dirampas ialah seunit telefon bimbit dan dua kad sim milik suspek.

polis_watsapp_johor_600

PETALING JAYA:
Polis berjaya menahan seorang lelaki yang dipercayai menghantar mesej jelik kepada kerabat Istana Johor menerusi aplikasi WhatsApp.

Menurut Ketua Polis Johor, Datuk Wan Ahmad Najmuddin Mohd, lelaki itu ditahan pada jam 10 malam berdekatan Menara Maybank, Kuala Lumpur dan di bawa ke ke Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Johor untuk siasatan lanjut.

“Polis menerima laporan yang dibuat petugas Istana Johor pada jam 10.30 pagi semalam berhubung penerimaan mesej bersifat jelik dalam WhatsApp oleh seorang kerabat rapat Istana Johor.

“Siasatan mendapati suspek memperoleh butiran maklumat nombor telefon bimbit kerabat Istana Johor itu dengan cara tidak sah dan bertentangan dengan undang-undang,” katanya dalam satu kenyataan, lapor Berita Harian.

Ketika penahanan, turut dirampas ialah seunit telefon bimbit dan dua kad sim milik suspek.

Kes tersebut akan disiasat mengikut Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia Malaysia (AKMM) 1998 dan jika sabit kesalahan boleh didenda sehingga RM50,000 atau penjara sehingga setahun atau kedua-duanya.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.