Lantaran itu kebanyakan peminat melahirkan rasa tidak puas hati dalam laman sosial termasuk di halaman Facebook AR Rahman Live in Concert 2016.
Sebagai seorang ikon muzik yang bukan sahaja terkenal di India tetapi seluruh dunia dengan jolokan ‘Hero Oscar’ selepas memenangi anugerah Oscar, Grammy, Golden Globe, BAFTA dan sebagainya.
Namun, konsert semalam di Stadium Merdeka ternyata mengecewakan peminatnya yang mahu wang mereka dikembalikan.
Pengunjung juga marah apabila penganjuran konsert tersebut tidak berbaloi dengan nilai wang yang dibayar termasuk mengadakannya di ruang terbuka pada musim hujan.
Kekecewaan itu diutarakan menerusi beberapa undian dalam halaman ‘Facebook AR Rahman Live in Concert 2016’ itu sendiri dipercayai diwujudkan oleh pengikut laman sosial dan pengunjung konsert berkenaan.
Dalam undian diperoleh majoritinya mahu wang mereka dikembalikan dan marah kepada kegagalan penganjur, dipercayai Black Horse.
Rata-rata peminat menyalahkan pihak penganjur atas kelewatan semalam dan bukan pada AR Rahman.
“Kepada ARR dan pasukan… tabik kepada seni dan profesionalisme yang memuaskan peminat anda! Usaha anda amat dihargai oleh kami… Terima kasih. Tetapi malu besar kepada penganjur terhadap pengurusan mereka. Anda gagal untuk memuaskan penonton dan artis. An epic failure!!! Pengajaran daripada Blackhorse,” tulis Leticia Ann Arokiasamy.
“Konsert ARR pertama saya seperti malapetaka. Saya menunggu lebih dua jam menggunakan payung kecil, tiada apa yang berlaku. Tiada alasan yang diberikan. Kenapa lewat. Akhirnya saya putus asa. Balik rumah basah kuyup. Penganjuran yang sangat lemah,” tulis Maggie Wellington.