Peniaga jadi perompak gara-gara bisnes merosot

Peniaga jadi perompak gara-gara bisnes merosot

Suspek berusia 40 tahun itu menyasarkan kedai serbaneka di sekitar Cheras dan Kajang.

polis_niaga

PETALING JAYA:
Seorang peniaga aksesori kereta bertukar menjadi perompak kedai serbaneka sejak lima bulan lalu, selepas perniagaannya menghadapi masalah aliran tunai.

Menurut laporan Sin Chew Daily, peniaga berbangsa Cina yang berusia 40 tahun itu terbabit dalam sekurang-kurangnya 15 kes rompakan yang menyasarkan kedai serbaneka di sekitar Cheras dan Kajang.

polis_niaga1
Timbalan Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Abdul Hamid Mohd Ali berkata, hasil serbuan di kedai suspek di Bandar Mahkota Cheras, polis telah merampas selaras senapang yang telah diubah suai seakan-akan raifal M16, sepucuk pistol tiruan, tiga lelopak peluru kosong, topeng muka, sarung tangan dan dua nombor plat palsu.

Hasil siasatan mendapati, suspek yang bertindak bersendirian itu akan meletakkan kereta Proton Iswaranya di Alam Damai, Cheras selepas selesai melakukan rompakan.

Menurut polis, kereta itu menggunakan nombor plat palsu dan telah dicat baru.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.