Merujuk kepada Taman Lebuh Armenian yang telah diberi nafas baru dan pernah ada sebuah tokong Cina di situ sebelumnya, Jahara berkata pereka-pereka taman baharu itu terlalu ‘ala Barat’.
“Jelas sekali ada pengaruh Barat dalam reka bentuknya.
“Pembinaan taman harus mengambil kira sensitiviti kaum-kaum lain.
“Orang Islam tentulah tidak akan sembahyang di situ, tetapi mungkin ada yang akan terkeliru,” katanya ketika membahaskan usul ucapan terima kasih kepada Yang di-Pertua Negeri petang tadi.
Ketua Menteri, Lim Guan Eng (DAP-Air Putih) mencelah dan berkata taman yang dibina semula itu diilhamkan oleh taman yang lama. Tokong itu, menurut Guan Eng, memang sebahagian daripada taman yang lama.
“Apabila taman itu dibina semula, mereka mahu memelihara seberapa banyak mungkin ciri-ciri taman itu.
“Setakat ini, tiada bantahan terhadap projek ini. Cukuplah, tidak elok bangkitkan perkara seperti ini.”
Guan Eng menambah taman itu dibina semula dengan dana daripada agensi Persekutuan, yang turut menyelia pembinaannya.
“Taman ini dibina oleh Majlis Bandaraya Pulau Pinang dan Think City, sebuah agensi Persekutuan yang terlibat dalam warisan.
“Mereka tidak terlibat dalam agama. Mereka cuma mahu membina sebuah taman, bukan keagamaan. Ia cuma konsep.
“Tidak ada unsur-unsur kerohanian pada taman ini.”
Guan Eng berkata asas tokong tersebut adalah sebahagian daripada warisan taman itu, bukan agama.
Jahara memberitahu Guan Eng bahawa dia tidak membantah pembinaan rumah ibadat tetapi tempat pemujaan haruslah dibina berasingan daripada taman awam.
“Barangkali ia konseptual, tetapi masih fizikal. Mereka meletakkan tempat pemujaan di situ.
“Warisan dan agama tidak boleh dicampurkan.”
Teh Lai Heng (DAP-Komtar) mengingatkan Jahara bahawa orang ramai bebas mengamalkan agama masing-masing.
“Tempat pemujaan yang disebutkan itu adalah Tokong Datuk Kong. Ia diletakkan ke kedudukan yang hampir dengan kedudukan asal selepas pengubahsuaian.
“Asalnya, memang ada tokong di situ. Inilah 1Malaysia secara agama. Kenapa ia perlu dipisahkan?
“Bukan kita yang cipta tokong itu. Tokong itu sudah sekian lama berada di situ. Apakah orang Cina tidak boleh bersembahyang di situ?”
