Salleh hargai usaha Najib hadapi kejutan ekonomi

Salleh hargai usaha Najib hadapi kejutan ekonomi

Salleh berkata, keadaan ekonomi global membawa impak kepada semua negara, termasuk Malaysia yang turut mengalami kesan daripada ketidaktentuan pasaran global.

Salleh-keruk_najib_malaysia_600

PETALING JAYA:
Usaha Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak sejak 2009 telah membolehkan kita, rakyat Malaysia berhadapan dengan ‘kejutan ekonomi’ dalam masa sama melalui kehidupan yang aman seperti kebiasaannya.

Demikian kata Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak dalam blognya yang turut menghargai Najib atas usahanya itu.

Katanya, keadaan ekonomi global membawa impak kepada semua negara dan tidak terkecuali bagi Malaysia yang turut mengalami kesan daripada ketidaktentuan pasaran global.

“Selama 220 bulan, Malaysia telah menikmati lebihan perdagangan tetapi kita masih perlu mempunyai strategi untuk memastikan kita mampu mendepani cabaran itu.

“Untuk berbuat demikian, kita perlu memperkukuhkan asas-asas ekonomi kita. Sudah berkali-kali kita melihat bahawa strategi seumpama itu akan meletakkan negara di hadapan,” katanya.

“Hasil daripada kerja yang dilakukan sejak 2009, dan diterajui Perdana Menteri, kejutan ekonomi yang melanda kita telah dapat didepani dengan baik dan kita rakyat Malaysia terus menikmati kehidupan yang aman dan meneruskan kehidupan seperti biasa sepertimana sebelum berlaku ribut ekonomi,” katanya.

“Tidak dinafikan bahawa kita semua terpaksa mengubah suai sedikit gaya hidup tetapi tidaklah terlalu drastik dan negara kita masih mampu menikmati perkembangan KDNK dan peningkatan pendapatan per kapita Pendapatan Negara Kasar,” tambah Salleh lagi.

Semua ini katanya, disahkan dan diberi penarafan oleh agensi-agensi antarabangsa seperti Bank Dunia dan Forum Ekonomi Dunia, hanya menamakan beberapa badan.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.