
Dalam kenyataan media yang dikongsi dalam laman sosial miliknya hari ini, Sanjeevan berkata, dia juga melepaskan keahlian di dalam Parti Keadilan Rakyat (PKR).
“Tujuan saya keluar dari PKR adalah kerana ingin menumpukan sepenuh perhatian kepada perniagaan yang saya ceburi dan NGO yang saya pengerusikan iaitu Malaysian Crime Watch Task Force (MyWatch)
“MyWatch perlu menjadi entiti yang bebas dari mana-mana parti politik dan fokus yang penuh diberikan untuk mengembangkan keahliannya ke seluruh pelusuk negara,” katanya.
Beliau juga mengesahkan keputusannya itu tidak kena mengena dengan perkembangan politik mutakhir ini.