Kes saman Saravanan terhadap Palanivel selesai

Kes saman Saravanan terhadap Palanivel selesai

Menerusi permohonan maaf itu kes saman yang difailkan oleh Saravanan berakhir secara baik.

G-palanel-saravanan

PETALING JAYA:
Bekas Presiden MIC, Datuk Seri G Palanivel hari ini membuat permohonan maaf kepada Timbalan Menteri Belia dan Sukan, Datuk M Saravanan ekoran dakwaan memfitnah berhubung dana Yayasan Tindakan Gerakan Affirmatif Baru (NAAM).

Permohonan maaf itu dibacakan dihadapan Hakim Datuk Mohd Zaki Md Yasin.

Utusan Online melaporkan, menerusi permohonan maaf itu kes saman yang difailkan oleh Saravanan berakhir secara baik.

Saravanan memfailkan saman itu pada 30 Julai tahun lepas apabila menamakan Palanivel dan syarikat penerbitan akhbar harian Tamil Malar sebagai defendan.

Dalam penyataan tuntutannya, Saravanan mendakwa Palanivel pada Jun tahun lalu telah secara niat jahat, salah dan cuai telah mengeluarkan dan menerbitkan kata-kata tidak benar dan palsu yang kemudiannya diterbitkan di akhbar Tamil Malar pada 21 Jun tahun sama.

Beliau mendakwa, perkataan-perkataan yang diterbitkan itu antara lain bermaksud plaintif telah menyalahgunakan dana NAAM untuk kepentingannya sendiri, telah gagal melaksanakan tugas-tugasnya kepada masyarakat India terutamanya dan tidak layak memegang jawatan pengerusi NAAM.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.