Menurut Menteri Kewangan Kedua, Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah, ia berdasarkan inisiatif yang dilakukan kerajaan dalam membantu meningkatkan purata rakyat berpendapatan tinggi terutamanya melalui keusahawanan.
Ujarnya, kerajaan telah mewujudkan pelbagai program untuk golongan usahawan di negara ini khususnya peniaga muda untuk menjadikan mereka mampu berdaya saing dan berupaya ke peringkat global.
“Menjelang 2020, kita mahu pastikan dapat meningkatkan pendapatan rakyat kepada peringkat tinggi supaya kenaikan harga dan kos tidak lagi menjadi isu.
“Antara bidang yang kita galakkan dalam mencapai hasrat ini adalah keusahawanan, selain mengadakan pelbagai program. Apa juga masalah boleh kembali kepada kerajaan, kita sedia bantu supaya keusahawanan ini dapat diperluas.
“Tapi apa yang penting karakter usahawan itu. Mereka perlu membawa budaya keusahawanan yang tinggi dalam diri masing-masing, barulah boleh berjaya,” katanya seperti yang dilaporkan Sinar Harian.
Sebelum itu, Husni turut menjelaskan antara program keusahawanan khas yang telah diperuntukkan adalah Bumiputera (Bahtera); program Pusat Inovasi dan Kreativiti Global Malaysia (MaGIC), SME Corporation Malaysia (SME Corp) serta program pembiayaan oleh SME Bank dan Malaysian Industrial Development Finance Bhd (MIDF).