Mahathir semakin hilang pengaruh

Mahathir semakin hilang pengaruh

Puad Zarkashi berkata, sokongan terhadap Dr Mahathir jelas semakin menurun, kerana tidak ramai yang menghadiri program anjurannya sendiri

Datuk-Dr-Mohd-Puad-Zarkashi-mahathir

KUALA NERUS:
Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad didakwa semakin hilang pengaruhnya, setelah gagal dalam cubaannya untuk menjatuhkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Dr Mohd Puad Zarkashi berkata, sokongan terhadap Dr Mahathir jelas semakin menurun, kerana tidak ramai yang menghadiri programnya.

Sehubungan itu, jelasnya, Dr Mahathir perlu menerima hakikat beliau semakin tidak relevan, kerana beliau masih gagal menggulingkan Najib, selepas fitnah yang disebarkan berhubung derma RM2.6 bilion.

“Sebelum ini, Tun M (Dr Mahathir) mengaitkan Najib dengan kehilangan dana RM4.2 bilion, namun laporan daripada hasil siasatan Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) membuktikan Najib tidak bersalah.

“Begitu juga dengan isu RM2.6 bilion, Menteri Luar Arab Saudi sudah sahkan wang tersebut adalah dana politik. Adakah Tun M akan minta maaf, setelah semua ini terbukti?” soal Ketua Pengarah Jabatan Hal Ehwal Khas (Jasa) itu.

Beliau berkata demikian selepas majlis pelancaran Jasa Connectivity (JS) oleh Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Ahmad Razif Abdul Rahman, semalam.

– BERNAMA

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.