Boniface tidak sertai mana-mana parti BN

Boniface tidak sertai mana-mana parti BN

Kerana setia pada rakyat, menurut beliau

 

Boniface-Willy-Tumek_sarawak_600

KUCHING :
Bekas pemimpin PKR Sarawak, Boniface Willy Tumek yang meletak jawatan dan keluar parti baru-baru ini tidak berhasrat untuk menyertai SPDP atau mana-mana parti komponen BN.

Boniface berkata dirinya setia kepada perjuangan rakyat dan desas-desus mengatakan akan menyertai SPDP adalah “tidak berasas sama sekali”.

“Tak akan berlaku. Saya setia kepada rakyat,” katanya kepada FMT, tanpa mendedahkan langkah beliau seterusnya.

Borneo Post Online semalam melaporkan Boniface menyerahkan surat peletakan jawatan pada 17 April lalu, apabila PKR tidak mencalonkan beliau untuk kerusi Tasik Biru pada Pilihan Raya Negeri Sarawak, bulan depan.

PKR menyerahkan kerusi itu kepada calon DAP yang akan mencabar calon langsung BN, Henry Harry Jinep.

Boniface berkata DAP mendapat kerusi itu meskipun PKR menamakan dirinya sebagai calon berpotensi dan tinjauan awam mendapati PKR mendapat lebih banyak sokongan di Tasik Biru berbanding DAP.

Pengerusi Perhubungan PKR Sarawak, Baru Bian berasa kecewa tetapi menghormati keputusan Boniface.

Baru memuji Boniface sebagai seorang “pemimpin berintegriti” dalam satu sidang media semalam.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.