Datuk Seri Najib Razak berasa dukacita kerana mereka sanggup meninggalkan prinsip malah menggadaikan kedaulatan negara untuk agenda peribadi.
“Jangan minta orang asing campur tangan dalam hal urusan kita. Biarlah urusan dalam negara ditentukan oleh rakyat sendiri,” menurut catatan di Facebook miliknya hari ini.
Najib tidak menamakan pemimpun tersebut, tetapi dipercayai merujuk kepada bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.
Menurut laporan akhbar The National yang beribu pejabat di Emiriah Arab Bersatu, bekas Perdana Menteri itu merayu kepada penyiasat antarabangsa supaya mendedahkan kepada orang ramai penemuan siasatan mereka ke atas 1Malaysia Development Berhad (1MDB).
Dr Mahathir yang berada di Dubai bagi menghadiri Persidangan Antarabangsa Kepimpinan, Inovasi dan Keusahawanan, semalam dipetik sebagai berkata gejala rasuah di Malaysia kini mencapai tahap yang tidak pernah disaksikan.
