Pelacuran ‘mobile’ dikesan di Kota Bharu

Pelacuran ‘mobile’ dikesan di Kota Bharu

Penguatkuasa tidak dapat ambil tindakan kerana kurang bukti memandangkan suspek sentiasa bergerak dari satu tempat ke tempat lain.

pelaur_600

PETALING JAYA:
Pelacuran berkonsep ‘mobile’ dikesan menjadi pilihan kebanyakan lelaki untuk melanggan pelacur di ibu negeri Kelantan, Kota Bharu.

Utusan Malaysia hari ini melaporkan, khidmat seks terbabit menggunakan modus operandi dengan bertemu di satu lokasi dan kemudian bergerak ke lokasi lain.

Akhbar itu yang memetik sumber pihak berkuasa tempatan (PBT) sebagai berkata, kegiatan terbabit tidak memerlukan premis kerana pelacur boleh berhubung dengan pelanggan menerusi telefon bimbit.

“Di bandar Kota Bharu, kita mengesan lima pelacur terdiri daripada wanita dan pondan didapati menjadikan Jalan Hamzah sebagai ‘terminal’ untuk pelanggan datang mengambil mereka dengan kereta seawal jam 8 malam.

“Saya difahamkan perkhidmatan ditawarkan mereka serendah RM80. Dulu mereka sering beroperasi lewat malam tetapi kini diawalkan. Pukul 8 malam sudah bekerja,” katanya.

Sumber PBT negeri itu berkata, pihaknya tidak dapat mengambil tindakan undang-undang kerana kekurangan bukti memandangkan mereka sentiasa bergerak dari satu tempat ke tempat yang lain.

“Golongan ini licik, lokasi mereka melakukan maksiat tidak tetap dan ini menyukarkan pihak penguatkuasa agama bertindak. Projek mereka kita tak tahu di mana, dalam kereta pun boleh, tepi pantai pun boleh,” katanya.

Katanya, satu lagi lokasi yang dikesan menjadi tempat pelanggan mengambil pelacur adalah di Lembah Sireh.

Sehubungan itu, orang ramai diminta untuk bekerjasama dengan pihak berkuasa negeri supaya menyalurkan maklumat dari semasa ke semasa bagi membolehkan kegiatan tidak bermoral itu dibendung.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.