Dalam video yang berdurasi 2 minit 44 saat itu, seorang lelaki yang memakai baju putih dan memakai topi keledar memaut cermin hadapan sebuah kereta yang sedang bergerak sambil merayu pemandunya keluar.
“Ayang turunlah dulu..jangan lah buat macam ini,” rayu lelaki berkenaan menerusi video yang dimuat naik menerusi Oomedianetworks.
Pemandu kereta berkenaan bagaimanapun tidak mengendahkan rayuan lelaki itu malah, tidak turun dari keretanya.
Berdasarkan pemerhatian, kereta yang dipandu seorang wanita bersama rakannya dilihat mundar mandir beberapa kali.
Beberapa orang awam kelihatan memujuk lelaki terbabit agar turun daripada kereta berkenaan.
Pelbagai komen daripada netizen yang meluahkan reaksi berbeza-beza berhubung aksi lelaki pada video itu.
Antaranya Ameng Syamil memberikan komen: “Awek ni bukan betul ikhlas ngan ko bro..tinggalkan je, lagi dia maki hamun dan buat air muka bro jatuh ada la..niat bro nak minta maaf je pun, sekurang-kurangnya bagi la dia peluang, kalau awek aku cmni memang dah kena talak 10 la ngan aku..puiih,” katanya.
“Ishhh hang turun la…bukak tingkap ka …kesian kat laki tu…!,” kata Nur Amanda Safiyya.
https://www.facebook.com/oomedianetworks/videos/1540539939582678/
